Sunday, 28 August 2016

Just A Little Flash Back πŸ™ˆ


Just left another 4 months to 2017. Lets have a little flashback for the last 7 months ago. 

January
Selamat tahun baru, bulan baru dan hari baru. Selalunya azam tahun baru nih macam macam. Nak berjaya lah, nak kahwin tahun ni lah, nak itu lah, nak ini lah. So, tahun ni takda apa yang baru bagi hakak sebab tahun lepas punya azam pon ada yang belum tercapai. Carry forward je lah hehe. Cuma lainnya, waktu awal awal tahun ni hati ada bunga bunga sebab ada yang sentiasa dekat, sentiasa menjaga. Waktu nih kononnya, sehabis tekad. Apa jua halangan sanggup ditempuh. Kononnya lah πŸ™ˆ Agak sibuk di hujung bulan sebab hakak diberi tugas untuk organize department teambuilding dekat Langkawi. Taknak cerita lebih, cukup sekadar segala perasa suka duka, gembira sedih terjadi sepanjang teambuilding nih. Apa apa pun, we did it. Berjaya habiskan the teambuilding dengan jayanya. Alhamdulillah πŸ™‚

                     The Team 😍

February
Breathe in. Breathe out. Bulan yang agak berat, mencabar, dicabar dan tercabar. Orang cakap tak elok dikenang barang yang lepas kan. Disebabkan sekarang pon tengah flashback, so nothing interested to be shared. There's only one words to describe about me on this month, 'FRUSTRATED'. Sangat ! But slowly take it easy. Cuba dan cuba hadapi. Itulah, orang tua selalu pesan jangan terlalu suka, jangan terlalu mengharap, nanti akan tersungkur. 

March
Masih ada sisa saki baki kecewa. Teruk jugak nak handle. Ye lah, depan mata kan. Susah nak lupa. Ada lahh macam meroyan jugak time nih sebab dari awal kononnya lautan api sanggup ku redah. Dilayan pulak bak puteri kayangan. Mana tak meroyan bila banyak benda nak kena buat sendiri. Tapi Alhamdulillah, banyak berdoa. Minta selalu pada Dia untuk terus kuat dan masih gagah sampai sekarang. Ada juga terdetik waktu nih nak berhenti dengan semua benda tapi ada satu perasaan yang menghalang. Kemon girl, dia relax je boleh gelak huha huha, takkan kau nak meratapi sedih menangis dekat bucu katil. So, bangkitlah seorang Emilia yang baru waktu nih πŸ’ͺ🏼 

April
Hai April. This is my month. Awal awal bulan dah bergembira dengan geng keras sampai ke Penang. Waktu ni lah nak lupakan meroyan tu sekejap. And Alhamdulillah, kawan kawan takpernah tak menggembirakan. The best friendship I ever had. Thanks uolls 😘

               Geng Keras ke Penang

Pada bulan ni jugak, tanggal 19hb meningkat lah setahun usia hakak. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk terus perbaiki segala kekurangan. Syukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat istimewa. Terima kasih bapak. Terima kasih mak. Alin sayang semua. 

May
Perlahan lahan hakak berjaya lupakan kejadian tiga bulan lepas. Perlahan lahan hakak bangkit dan jadi lebih kuat. Bukan untuk siapa siapa tapi untuk diri sendiri. Waktu nih baru lah terdetik segala penyesalan. Bukan sesal dengan perkenalan dulu tapi sesal meroyan macam orang takbetul. Bagi hakak perkenalan itu walaupun sekejap cukup mengajar apa itu kehidupan sebenar. Walaupun perkenalan itu berakhir dengan hanya sebuah persahabatan atas dasar tertentu tapi Alhamdulillah, tiada permusuhan. Bak kata pepatah, kekadang ada yang datang untuk membahagiakan tapi ada juga yang datang untuk pengajaran. Kalau nak diceritakan lebih, panjang. Jadi, cukup lah kot. Kita sambung bulan seterusnya pulak. 

June
Ramdhan's coming. Alhamdulillah, diberi peluang untuk beribadah di bulan yang mulia ini. Sambil sambil tuh, boleh pulak melayan drama yang paling menyentuh kalbu, Lambaian Ramadhan TV3. One of drama tv yang betulbetul menyedihkan. Takpernah tinggal walau satu episod. Taksempat tengok tv, hakak tengok online sorang sorang before tido sambil teresak esak. Pernah sampai bengkak bijik mata sebab melayan drama nih. 

         Iftar treat by Madam Boss 😘

                Pre-Syawal at Office

July
Syawal's coming. Yeay raya raya raya πŸ’ƒπŸΌ Again, bersyukur diberi peluang beraya bersama keluarga pada tahun ni dan as usual, hakak masih beraya single πŸ™ˆ Takpa, hakak cool. Apedehal. 

            #teamrayapenangbelike

    Open House.Forever king&queen

           Raya with Geng Keras 😘

               Raya with GHROS πŸ™‚

Bulan raya gini memang penuh gambar je lah yang di share. Beraya sana beraya sini. Bermaaf maafan. Syukur, tiada yang berdendam. Segala kesalahan sentiasa dimaafkan.

August
Pejam celik, pejam celik, eh dah August. Eh dah bulan LAPAN. Huishh cepatnya masa berlalu. August belum habis tapi hakak ada benda yang nak di share jugak. Bulan nih agak memenatkan. Buat kali keduanya hakak join team futsal for company. Seminggu, tiga kali training. Pheww, ketaq kepala lutuit. Asyik pancit je. Game tinggal seminggu lagi nih. 

                 AHIB - Ladies Team 

Ada kisah yang nak diceritakan lagi tapi bukan sekarang. Biarlah ia menjadi tanda tanya dahulu sebab jalan cerita baru nak bermula. InshaaAllah, ada masa, umur panjang, kita berjumpa lagi. Bila dah lama tak menaip, idea tuh takberapa nak ada. Tapi tangan tetap gigih nak menaip. Hakak harap ada yang takbosan baca kisah hakak ye. Akan datang, InshaaAllah ada yang lebih menarik. Dari dulu sampai hari nih, hakak takpernah GIVE UP. Ya, banyak kisah yang bermula dan berakhir dengan sekelip mata tapi hakak yakin, ada bahagia menanti akan datang. InshaaAllah πŸ™‚ Anyway, terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment