Friday 10 February 2017

F.E.B.R.U.A.R.I


Asal menaip je, teringat
Asal teringat je, menaip
Bukan sebab meratapi, cuma terasa sepi merindui

Ada satu satu malam, kenangan itu menjelma
Kenangan yang kekadang mampu buat bibir tersenyum
Dan kenangan yang kekadang buat hati menangis

Seringkali cuba mencari apa makna kenagan itu
Seringkali cuba melupakan semua kenangan itu

Terasa begitu cepat masa itu berlalu
Terasa begitu terkesan Februari kali ini

Aku selalu yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya
Dan aku selalu percaya bahawa hebat perancangan Nya

Sedar tak sedar, kenangan itu semakin hampir
Kenangan yang dulu pernah menjadi yang terindah buat kau dan aku
Kenangan yang dulu pernah menjadi yang terpenting dalam hidup kau dan aku

Takpernah aku jangka, takdir aku sebegini
Kebetulan mungkin
Ataupun ini kah namanya suratan

















Bulan yang terciptanya semua  kenangan itu
Bulan yang terciptanya sejarah kenangan itu

Seorang wanita yang bergelar ibu, yang takpernah mengeluh menjaga ku sejak dalam kandungannya hingga lah kini dilahirkan dalam bulan ini. Seorang wanita yang bebelannya sentiasa menjadi semangat buatku untuk terus melangkah dalam dunia yang penuh cabaran ini. Seorang wanita yang doanya sentiasa menjadi pelindung buatku. Jasa jasa beliau takmampu aku balas dengan harta benda dan wang ringgit. Setiap hari, takpernah sedetik pon aku berhenti mendoakan beliau. Terima kasih mak untuk 25tahun ini dan InshaaAllah, hingga ke Syurga. Ya Allah, panjangkanlah umur ibuku untuk terus melihat kejayaan anak-anaknya, untuk beliau merasai kasih sayang yang tiada hujungnya dari anak-anaknya. Berkatilah segala apa yang beliau lakukan di dunia ini. Lindungi lah beliau di kala aku jauh merantau demi mencari rezeki yang halal di muka bumi mu, Ya Allah. Berilah aku kesempatan untuk terus berbakti padanya, untuk terus dan terus membahagiakan dia, InshaaAllah. Ameen.

Kali ini, saat kau dan dia hanya sejarah buatku, aku sedar bahawa perjalanan kita ini ada kaitnya. Ada hikmahnya. Disaat kau dan dia telah menjadi kenangan buatku, baru aku sedar ada yang sesuatu dengan kenangan itu. SubhanaAllah, hebat perancanganMu, Ya Allah. Susunan jalan cerita hidupku dari pertama kali aku mengenali kau dan dia, ada kaitannya yang baru aku sedar saat ini. Ini yang membuat aku makin beremosi dengan kenangan kita. Terlalu banyak waktuku dihabiskan dengan drama drama tv dan novel novel cinta buat aku yakin realiti tak sebegitu. Tapi saat ini, Allah tunjukkan aku satu perkara yang buat aku rasa hebatnya takdir itu. Yang mungkin aku rasa hanya dilakonkan didalam drama dan hanya ditulis didalam novel, terjadi dalam realiti kehidupanku. Mungkin satu dalam berjuta. 

Ya, Februari kali ini, Februari yang terindah dan bersejarah buatku. 

Terindah kerana hari penting ibuku. Sekali lagi, Happy Birthday Mak. Alin sayang mak dunia dan akhirat. 

Tiga tahun lepas dan setahun lepas, bulan ini bulan yang paling membahagiakan. Bulan yang mengajar aku menghargai mereka yang pernah ada denganku walau hanya seketika. Bulan dimana lahirnya dua insan yang berbeza cara tarikannya tetapi istimewa di hatiku. Bulan yang tak mungkin aku lupa kenangan dan sejarahnya selagi nyawa dikandung badan.

Kenangan hanya tinggal kenangan. Sejarah tetap akan menjadi sejarah. 

Saat aku menulis segalanya disini, ada lagu yang ingin aku titipkan buatmu ibu dan buat kau dan juga dia. Ya Allah, jagakan mereka buatku. 


Mencinta Kamu by Drama Band

Mungkin bukan diri ini yang terbaik
Mungkin bukan diri ini yang sempurna
Namun rela ku serahkan jiwa raga
Demi memiliki semua yang terindah

Untukku
Untukmu

Mencinta kamu
Akanku kerjakan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu terbaik untukku

Bukan hanya semusim
Semusim takkan cukup
Ku ingin selamanya
Selamanya


p/s : Alhamdulillah, masih ada senyuman teukir di bibir dan masih ada gelak tawa mengilai walaupun hati merindu :)