Friday, 10 February 2017

F.E.B.R.U.A.R.I


Asal menaip je, teringat
Asal teringat je, menaip
Bukan sebab meratapi, cuma terasa sepi merindui

Ada satu satu malam, kenangan itu menjelma
Kenangan yang kekadang mampu buat bibir tersenyum
Dan kenangan yang kekadang buat hati menangis

Seringkali cuba mencari apa makna kenagan itu
Seringkali cuba melupakan semua kenangan itu

Terasa begitu cepat masa itu berlalu
Terasa begitu terkesan Februari kali ini

Aku selalu yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya
Dan aku selalu percaya bahawa hebat perancangan Nya

Sedar tak sedar, kenangan itu semakin hampir
Kenangan yang dulu pernah menjadi yang terindah buat kau dan aku
Kenangan yang dulu pernah menjadi yang terpenting dalam hidup kau dan aku

Takpernah aku jangka, takdir aku sebegini
Kebetulan mungkin
Ataupun ini kah namanya suratan

















Bulan yang terciptanya semua  kenangan itu
Bulan yang terciptanya sejarah kenangan itu

Seorang wanita yang bergelar ibu, yang takpernah mengeluh menjaga ku sejak dalam kandungannya hingga lah kini dilahirkan dalam bulan ini. Seorang wanita yang bebelannya sentiasa menjadi semangat buatku untuk terus melangkah dalam dunia yang penuh cabaran ini. Seorang wanita yang doanya sentiasa menjadi pelindung buatku. Jasa jasa beliau takmampu aku balas dengan harta benda dan wang ringgit. Setiap hari, takpernah sedetik pon aku berhenti mendoakan beliau. Terima kasih mak untuk 25tahun ini dan InshaaAllah, hingga ke Syurga. Ya Allah, panjangkanlah umur ibuku untuk terus melihat kejayaan anak-anaknya, untuk beliau merasai kasih sayang yang tiada hujungnya dari anak-anaknya. Berkatilah segala apa yang beliau lakukan di dunia ini. Lindungi lah beliau di kala aku jauh merantau demi mencari rezeki yang halal di muka bumi mu, Ya Allah. Berilah aku kesempatan untuk terus berbakti padanya, untuk terus dan terus membahagiakan dia, InshaaAllah. Ameen.

Kali ini, saat kau dan dia hanya sejarah buatku, aku sedar bahawa perjalanan kita ini ada kaitnya. Ada hikmahnya. Disaat kau dan dia telah menjadi kenangan buatku, baru aku sedar ada yang sesuatu dengan kenangan itu. SubhanaAllah, hebat perancanganMu, Ya Allah. Susunan jalan cerita hidupku dari pertama kali aku mengenali kau dan dia, ada kaitannya yang baru aku sedar saat ini. Ini yang membuat aku makin beremosi dengan kenangan kita. Terlalu banyak waktuku dihabiskan dengan drama drama tv dan novel novel cinta buat aku yakin realiti tak sebegitu. Tapi saat ini, Allah tunjukkan aku satu perkara yang buat aku rasa hebatnya takdir itu. Yang mungkin aku rasa hanya dilakonkan didalam drama dan hanya ditulis didalam novel, terjadi dalam realiti kehidupanku. Mungkin satu dalam berjuta. 

Ya, Februari kali ini, Februari yang terindah dan bersejarah buatku. 

Terindah kerana hari penting ibuku. Sekali lagi, Happy Birthday Mak. Alin sayang mak dunia dan akhirat. 

Tiga tahun lepas dan setahun lepas, bulan ini bulan yang paling membahagiakan. Bulan yang mengajar aku menghargai mereka yang pernah ada denganku walau hanya seketika. Bulan dimana lahirnya dua insan yang berbeza cara tarikannya tetapi istimewa di hatiku. Bulan yang tak mungkin aku lupa kenangan dan sejarahnya selagi nyawa dikandung badan.

Kenangan hanya tinggal kenangan. Sejarah tetap akan menjadi sejarah. 

Saat aku menulis segalanya disini, ada lagu yang ingin aku titipkan buatmu ibu dan buat kau dan juga dia. Ya Allah, jagakan mereka buatku. 


Mencinta Kamu by Drama Band

Mungkin bukan diri ini yang terbaik
Mungkin bukan diri ini yang sempurna
Namun rela ku serahkan jiwa raga
Demi memiliki semua yang terindah

Untukku
Untukmu

Mencinta kamu
Akanku kerjakan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu terbaik untukku

Bukan hanya semusim
Semusim takkan cukup
Ku ingin selamanya
Selamanya


p/s : Alhamdulillah, masih ada senyuman teukir di bibir dan masih ada gelak tawa mengilai walaupun hati merindu :)


Friday, 16 September 2016

Coretan Di Atas Langit 😊

Kekadang kita takperlu banyak masa untuk mengenali seseorang

Kekadang kita takperlu banyak bersuara untuk mengenali seseorang

dan

Kekadang kita juga takperlu banyak bersua untuk mengenali seseorang.


Ini yang aku belajar dari seseorang dalam masa yang begitu singkat. Tanpa banyak masa. Tanpa banyak bersuara. Dan tanpa banyak bersua.


Tapi.


Dalam masa yang singkat, kurangnya berkomunikasi dan juga jarang bersua muka, aku kena akur dengan dua keputusan di akhirnya. Ia mungkin kekal dan mungkin juga hanya sementera. 


Pada awalnya, aku yakin dengan cara perkenalan ini. Tanpa ada rasa untuk berhenti, ia mungkin akan kekal. Tapi sayang, aku silap. Ia hanya sementara. Aku tewas dengan emosi sendiri. Emosi yang makin hari makin memburukkan keadaan. 


Aku sujud memohon padaNya. Jika perkenalan ini yang terbaik untukku, berikanlah aku kekuatan untuk terus berusaha. Jika sebaliknya, aku tetap memohon kekuatan untuk terus melangkah. Aku yakin Dia yang paling mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Aku juga yakin segala pertemuan dan perpisahan ini ada hikmahnya. Aku redha.


Sikitpon takpernah ada rasa penyesalan. Sebab aku yakin ada baiknya sesuatu kejadian itu. Hadirnya dia mengajar aku banyak perkara dalam kehidupan sebenar. Hadirnya dia buat aku kenal siapa diri aku yang sebenarnya. Dan hadirnya dia juga mengajar aku bahawa setiap perhubungan itu perlu ada satu kekuatan untuk terus kekal. 


Aku takpernah rasa segan dengan perasaan aku sendiri. Aku tahu rasa itu hadir saat pertama kali kami bersua. Ia bukan cinta pandang pertama. Tapi ia satu perasaan selesa untuk terus berhubung walaupun itu baru kali pertama berjumpa. 


Tapi perasaan itu takmampu diteruskan atas sebab sebab yang terlalu berat untuk aku terima. Waktu itu, aku yakin perancangan Allah yang paling terbaik. InshaaAllah, ada hikmahnya. InshaaAllah, ada bahagianya di masa hadapan. Cuma bukan sekarang 😊


Pada kau yang hadir dalam masa terlalu singkat dan terus pergi, aku sangat berterima kasih kerana sudi hadir dalam kehidupan gadis muda seperti aku, yang baru merangkak untuk mencari apa itu kehidupan sebenar. Terima kasih untuk pengalaman dan pengajaran ini. 


Sebelum aku tamatkan coretan ini, aku nak kau tahu mungkin aku gagal untuk terus berusaha tapi kau sentiasa dalam setiap doaku. Bak kata pepatah, ada jodoh tak kemana 🙈 


Coretan sepanjang perjalanan di atas langit untuk mencari sedikit ketenangan.



Sunday, 4 September 2016

Cinta Dirgahayu

Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati
Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Andai takdir kita bertemu lagi
Ku berdoa selalu
Masihkah akan kau kenang kembali
Takkan pernahku lepas
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati
Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya

Almost thousand times hakak dok mengulang lagu ni. Hakak terlampau tertarik dengan music and lirik dia. Paling best part yang hakak dah BOLD kan tuhh :) 
Dirgahayu maksudnya lanjut usia. So, hakak buat kesimpulan sendiri yang maksud lagu nih mereka saling mendoakan bahawa cinta mereka hingga ke akhir hayat. Tu lah namanya jodoh kan. Bergaduh macam mana sekalipun, berpisah berpuluh tahun sekalipun, kau menolak sejauh mana pun, tapi jika dia lah jodoh yang tertulis, tetap akan bersama. InshaaAllah.
Hakak sedang menaip sambil mengadap view  dari bilik hakak yang sungguh indah malam nih. Lagi laju lah lepas nih menaip hehe. Thanks uolls sudi baca ye. Nanti ada masa hakak bercerita lagi. Assalamualaikum :)



Sunday, 28 August 2016

Just A Little Flash Back 🙈


Just left another 4 months to 2017. Lets have a little flashback for the last 7 months ago. 

January
Selamat tahun baru, bulan baru dan hari baru. Selalunya azam tahun baru nih macam macam. Nak berjaya lah, nak kahwin tahun ni lah, nak itu lah, nak ini lah. So, tahun ni takda apa yang baru bagi hakak sebab tahun lepas punya azam pon ada yang belum tercapai. Carry forward je lah hehe. Cuma lainnya, waktu awal awal tahun ni hati ada bunga bunga sebab ada yang sentiasa dekat, sentiasa menjaga. Waktu nih kononnya, sehabis tekad. Apa jua halangan sanggup ditempuh. Kononnya lah 🙈 Agak sibuk di hujung bulan sebab hakak diberi tugas untuk organize department teambuilding dekat Langkawi. Taknak cerita lebih, cukup sekadar segala perasa suka duka, gembira sedih terjadi sepanjang teambuilding nih. Apa apa pun, we did it. Berjaya habiskan the teambuilding dengan jayanya. Alhamdulillah 🙂

                     The Team 😍

February
Breathe in. Breathe out. Bulan yang agak berat, mencabar, dicabar dan tercabar. Orang cakap tak elok dikenang barang yang lepas kan. Disebabkan sekarang pon tengah flashback, so nothing interested to be shared. There's only one words to describe about me on this month, 'FRUSTRATED'. Sangat ! But slowly take it easy. Cuba dan cuba hadapi. Itulah, orang tua selalu pesan jangan terlalu suka, jangan terlalu mengharap, nanti akan tersungkur. 

March
Masih ada sisa saki baki kecewa. Teruk jugak nak handle. Ye lah, depan mata kan. Susah nak lupa. Ada lahh macam meroyan jugak time nih sebab dari awal kononnya lautan api sanggup ku redah. Dilayan pulak bak puteri kayangan. Mana tak meroyan bila banyak benda nak kena buat sendiri. Tapi Alhamdulillah, banyak berdoa. Minta selalu pada Dia untuk terus kuat dan masih gagah sampai sekarang. Ada juga terdetik waktu nih nak berhenti dengan semua benda tapi ada satu perasaan yang menghalang. Kemon girl, dia relax je boleh gelak huha huha, takkan kau nak meratapi sedih menangis dekat bucu katil. So, bangkitlah seorang Emilia yang baru waktu nih 💪🏼 

April
Hai April. This is my month. Awal awal bulan dah bergembira dengan geng keras sampai ke Penang. Waktu ni lah nak lupakan meroyan tu sekejap. And Alhamdulillah, kawan kawan takpernah tak menggembirakan. The best friendship I ever had. Thanks uolls 😘

               Geng Keras ke Penang

Pada bulan ni jugak, tanggal 19hb meningkat lah setahun usia hakak. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk terus perbaiki segala kekurangan. Syukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat istimewa. Terima kasih bapak. Terima kasih mak. Alin sayang semua. 

May
Perlahan lahan hakak berjaya lupakan kejadian tiga bulan lepas. Perlahan lahan hakak bangkit dan jadi lebih kuat. Bukan untuk siapa siapa tapi untuk diri sendiri. Waktu nih baru lah terdetik segala penyesalan. Bukan sesal dengan perkenalan dulu tapi sesal meroyan macam orang takbetul. Bagi hakak perkenalan itu walaupun sekejap cukup mengajar apa itu kehidupan sebenar. Walaupun perkenalan itu berakhir dengan hanya sebuah persahabatan atas dasar tertentu tapi Alhamdulillah, tiada permusuhan. Bak kata pepatah, kekadang ada yang datang untuk membahagiakan tapi ada juga yang datang untuk pengajaran. Kalau nak diceritakan lebih, panjang. Jadi, cukup lah kot. Kita sambung bulan seterusnya pulak. 

June
Ramdhan's coming. Alhamdulillah, diberi peluang untuk beribadah di bulan yang mulia ini. Sambil sambil tuh, boleh pulak melayan drama yang paling menyentuh kalbu, Lambaian Ramadhan TV3. One of drama tv yang betulbetul menyedihkan. Takpernah tinggal walau satu episod. Taksempat tengok tv, hakak tengok online sorang sorang before tido sambil teresak esak. Pernah sampai bengkak bijik mata sebab melayan drama nih. 

         Iftar treat by Madam Boss 😘

                Pre-Syawal at Office

July
Syawal's coming. Yeay raya raya raya 💃🏼 Again, bersyukur diberi peluang beraya bersama keluarga pada tahun ni dan as usual, hakak masih beraya single 🙈 Takpa, hakak cool. Apedehal. 

            #teamrayapenangbelike

    Open House.Forever king&queen

           Raya with Geng Keras 😘

               Raya with GHROS 🙂

Bulan raya gini memang penuh gambar je lah yang di share. Beraya sana beraya sini. Bermaaf maafan. Syukur, tiada yang berdendam. Segala kesalahan sentiasa dimaafkan.

August
Pejam celik, pejam celik, eh dah August. Eh dah bulan LAPAN. Huishh cepatnya masa berlalu. August belum habis tapi hakak ada benda yang nak di share jugak. Bulan nih agak memenatkan. Buat kali keduanya hakak join team futsal for company. Seminggu, tiga kali training. Pheww, ketaq kepala lutuit. Asyik pancit je. Game tinggal seminggu lagi nih. 

                 AHIB - Ladies Team 

Ada kisah yang nak diceritakan lagi tapi bukan sekarang. Biarlah ia menjadi tanda tanya dahulu sebab jalan cerita baru nak bermula. InshaaAllah, ada masa, umur panjang, kita berjumpa lagi. Bila dah lama tak menaip, idea tuh takberapa nak ada. Tapi tangan tetap gigih nak menaip. Hakak harap ada yang takbosan baca kisah hakak ye. Akan datang, InshaaAllah ada yang lebih menarik. Dari dulu sampai hari nih, hakak takpernah GIVE UP. Ya, banyak kisah yang bermula dan berakhir dengan sekelip mata tapi hakak yakin, ada bahagia menanti akan datang. InshaaAllah 🙂 Anyway, terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum.

Tuesday, 3 November 2015

The End

Its almost two years. Aku berusaha untuk dapatkan apa yang hati aku sayang, aku gigih menanti apa yang takpernah pasti. Its almost two years. 

I did too much, I give too much, but at the end I got nothing. Ya Allah, ampunkan lah hambamu ini yang selalu mengeluh di atas segala yang terjadi. Walhal, semua yang berlaku ini dah tertulis dan mungkin ada hikmahnya. 

Nak menyesal, dah tiada guna. Nak bersedih, dah rasa tawar. Nak menangis, dah kering airmata. Terpaksa lah pujuk hati sendiri. Sabar. Tabah. Kuat. Abaikan. Jangan pernah berhenti berdoa. 

Mungkin kali ini Allah nak tunjukkan sesuatu. Siapa tahu ada yang lebih indah menanti di masa hadapan nanti. 

Sudah sudahlaa meratapi. Sudah sudahlaa berfikir benda yang dah terjadi. Pandang depan, terus melangkah, fokus untuk kehidupan sendiri. Kalau bukan diri sendiri yang bantu diri sendiri, siapa lagi. People comes and go. Kena tanam dalam hati. Apa pun, diri sendiri kena kuat 💪🏼 

You can do it. Yes, you can do it 😊 Yang berakhir itu hubungan bukan kehidupan. InshaaAllah, ada hikmahnya. Amin.