Friday 16 September 2016

Coretan Di Atas Langit 😊

Kekadang kita takperlu banyak masa untuk mengenali seseorang

Kekadang kita takperlu banyak bersuara untuk mengenali seseorang

dan

Kekadang kita juga takperlu banyak bersua untuk mengenali seseorang.


Ini yang aku belajar dari seseorang dalam masa yang begitu singkat. Tanpa banyak masa. Tanpa banyak bersuara. Dan tanpa banyak bersua.


Tapi.


Dalam masa yang singkat, kurangnya berkomunikasi dan juga jarang bersua muka, aku kena akur dengan dua keputusan di akhirnya. Ia mungkin kekal dan mungkin juga hanya sementera. 


Pada awalnya, aku yakin dengan cara perkenalan ini. Tanpa ada rasa untuk berhenti, ia mungkin akan kekal. Tapi sayang, aku silap. Ia hanya sementara. Aku tewas dengan emosi sendiri. Emosi yang makin hari makin memburukkan keadaan. 


Aku sujud memohon padaNya. Jika perkenalan ini yang terbaik untukku, berikanlah aku kekuatan untuk terus berusaha. Jika sebaliknya, aku tetap memohon kekuatan untuk terus melangkah. Aku yakin Dia yang paling mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Aku juga yakin segala pertemuan dan perpisahan ini ada hikmahnya. Aku redha.


Sikitpon takpernah ada rasa penyesalan. Sebab aku yakin ada baiknya sesuatu kejadian itu. Hadirnya dia mengajar aku banyak perkara dalam kehidupan sebenar. Hadirnya dia buat aku kenal siapa diri aku yang sebenarnya. Dan hadirnya dia juga mengajar aku bahawa setiap perhubungan itu perlu ada satu kekuatan untuk terus kekal. 


Aku takpernah rasa segan dengan perasaan aku sendiri. Aku tahu rasa itu hadir saat pertama kali kami bersua. Ia bukan cinta pandang pertama. Tapi ia satu perasaan selesa untuk terus berhubung walaupun itu baru kali pertama berjumpa. 


Tapi perasaan itu takmampu diteruskan atas sebab sebab yang terlalu berat untuk aku terima. Waktu itu, aku yakin perancangan Allah yang paling terbaik. InshaaAllah, ada hikmahnya. InshaaAllah, ada bahagianya di masa hadapan. Cuma bukan sekarang 😊


Pada kau yang hadir dalam masa terlalu singkat dan terus pergi, aku sangat berterima kasih kerana sudi hadir dalam kehidupan gadis muda seperti aku, yang baru merangkak untuk mencari apa itu kehidupan sebenar. Terima kasih untuk pengalaman dan pengajaran ini. 


Sebelum aku tamatkan coretan ini, aku nak kau tahu mungkin aku gagal untuk terus berusaha tapi kau sentiasa dalam setiap doaku. Bak kata pepatah, ada jodoh tak kemana 🙈 


Coretan sepanjang perjalanan di atas langit untuk mencari sedikit ketenangan.



Sunday 4 September 2016

Cinta Dirgahayu

Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati
Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Andai takdir kita bertemu lagi
Ku berdoa selalu
Masihkah akan kau kenang kembali
Takkan pernahku lepas
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati
Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya

Almost thousand times hakak dok mengulang lagu ni. Hakak terlampau tertarik dengan music and lirik dia. Paling best part yang hakak dah BOLD kan tuhh :) 
Dirgahayu maksudnya lanjut usia. So, hakak buat kesimpulan sendiri yang maksud lagu nih mereka saling mendoakan bahawa cinta mereka hingga ke akhir hayat. Tu lah namanya jodoh kan. Bergaduh macam mana sekalipun, berpisah berpuluh tahun sekalipun, kau menolak sejauh mana pun, tapi jika dia lah jodoh yang tertulis, tetap akan bersama. InshaaAllah.
Hakak sedang menaip sambil mengadap view  dari bilik hakak yang sungguh indah malam nih. Lagi laju lah lepas nih menaip hehe. Thanks uolls sudi baca ye. Nanti ada masa hakak bercerita lagi. Assalamualaikum :)